CUP CAKES MESYUARAT AGUNG BADAN KELUARGA DBP BUKAN SAYA YANG BEKALKAN

PADA HARI MESYUARAT AGUNG BADAN KELUARGA DBP BARU-BARU INI, SETIAP AHLI DIBERIKAN MAFIN @ CUP CAKES.

"MAFIN @ CUP CAKES TU BUKAN SAYA YANG BEKALKAN".

SAYA MENDAPAT TAHU BAHAWA ADA AHLI MENDAPAT MAFIN @ CUP CAKES YANG DAH BERCENDAWAN.
ADA AHLI YANG MENYANGKA MAFIN @ CUP CAKES TU SAYA YANG BEKALKAN.
SAYA TEGASKAN SEKALI LAGI: "MAFIN @ CUP CAKES TU BUKAN SAYA YANG BEKALKAN".
SAYA TIDAK AKAN MEMBEKALKAN KEK, MAFIN @ CUP CAKES YANG TIDAK SEMPURNA KEPADA PELANGGAN.
INI PRINSIP SAYA.
INSYA-ALLAH, SAYA AKAN MEMASTIKAN TEMPAHAN ANDA BERSIH, SEMPURNA DAN MEMUASKAN.

HARAP MAKLUM.

ANTARA CONTOH CUPCAKES SAYA, MACAM GAMBAR DI BAWAH:

14 June 2009

selamat bertunang kak long

Kak Long Eida melangsungkan pertunangan pada awal bulan Jun 2009. Tahniah saya ucapkan kepada Kak Long. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya menyiapkan kek dan cupcakes hantaran sempena majlis pertunangannya.
Tema hantaran: ungu.
"SELAMAT BERTUNANG, KAK LONG & JAIS".
Semoga sabar menanti detik bahagia yang bakal menjelang.






terima kasih adik lily

Kek fondant ni adik ipar saya tempah untuk hantaran kawannya.




selamat pengantin baru hidayah & azli

Kak Salamah hadiahkan kek hantaran perkahwinan kepada anak saudaranya, Hidayah yang bertemu jodoh dengan Azli. Oleh sebab Kak Mah nak bawa kek hantaran ke Melaka, lepas tu pulak kek tu nak dibawa balik semula ke rumah pengantin di KL, saya buatkan kek fondant untuk Kak Mah. Kalau kek krim macam Kak Mah minta, saya tak jamin keselamatannya. Takut bila dah sampai Melaka, kek tu pun dah tak rupa kek lagi.
Tema hantaran: Ungu. Semoga Kak Mah dan pengantin berpuas hati. Terima kasih, Kak Mah.
"SELAMAT PENGANTIN BARU, HIDAYAH & AZLI".
Selamat menempuh alam rumah tangga yang banyak pancaroba. Semoga tabah menghadapi dugaan.

selamat pengantin baru haimee & izreen

Sarah hadiahkan kek hantaran perkahwinan untuk adik iparnya, Izreen. Kek tiga tingkat dengan tema putih merah.
Terima kasih, Sarah.
"SELAMAT PENGANTIN BARU, HAIMEE & IZREEN".
Semoga sentiasa berbahagia dan akan berkekalan mahligai yang dibina.


31 May 2009

chocolate indulgence siti hawa

Terima kasih Siti Hawa. Kek chocolate indulgence untuk staf Jbt Sastera.

coklat moist nizam spongebob

Terima kasih kak Zaharah Ngah. Kek coklat moist untuk hari lahir cucu dan menantu kesayangan.

barbie comel

Terima kasih Siti Nek 'Ah. Kek Barbie untuk anak tersayang.


selamat hari lahir kak zah

Kak Ton Abu Samah hadiahkan kek Chocolate Indulgence untuk Kak Zahrah Ibrahim.
"SELAMAT HARI LAHIR KAK ZAH"
Terima kasih Kak Ton.

cupcakes hari guru

Bibah tempah cupcakes untuk hadiah kepada guru-guru sekolahnya. Terima kasih Bibah.

selamat hari guru, cikgu


Ustazah Saleha tempah dua biji kek untuk hadiah hari guru: kek coklat moist dan butter oren. Lepas tu, ustazah tempah lagi kek coklat moist untuk hari lahir Mak Tok dan kek butter oren untuk hari lahir Chu Rini. Terima kasih, ustazah.